Maklumat Am ( Sila Baca Sebelum Mengisi Borang)
1.
Sekiranya program pilihan anda tiada di dalam senarai pemilihan program, sila rujuk Bahagian Pengambilan Pelajar.
2.
Sila tekan butang HANTAR setelah selesai mengisi borang permohonan untuk memastikan permohonan anda adalah muktamad. Sekiranya butang HANTAR tidak ditekan permohonan anda tidak diterima.
3.
Anda dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan dan perlu memuktamadkan permohonan pada atau sebelum tarikh tutup permohonan. KLIK DI SINI untuk semakan dan cetakan permohonan anda.
4.
Permohonan ini dibuka 24 MAC 2025 sehingga 20 MEI 2025.
5.
Syarat-syarat minimum kelayakan bagi setiap program. Sila klik SYARAT KEMASUKAN
6.
Permohonan anda akanterbatalsekiranya anda didapati memberi maklumat salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan kemasukan berkaitan dengan :
Kewarganegaraan Malaysia
Takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Kelayakan/ keputusan peperiksaan
Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.
7.
Sila pastikan anda membuat cetakan dan menyimpan borang permohonan anda sebagai rujukan.
8.
Semua pemohon mestilah menghantar salinan borang permohonan dan sijil seperti yang dinyatakan kepada Dekan Fakulti mengikut program pilihan pertama pemohon. :
 
i.
Salinan Borang Permohonan yang lengkap
ii.
Salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa yang telah disahkan
iii.
Salinan Sijil Kelahiran pemohon, ibu dan bapa yang telah disahkan
iv.
Salinan Keputusan SPM/Setaraf yang telah disahkan.
v.
Salinan Keputusan STPM/setaraf yang telah disahkan (jika berkenaan)
vi.
Salinan Transkrip Diploma/Ijazah yang telah disahkan
vii.
Salinan keputusan Ujian MUET yang telah disahkan (Keputusan MUET masih belum tamat tempoh sah)
viii.
Salinan Sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan
ix.
Surat Sokongan Majikan (Format surat disediakan oleh Syarikat/ Jabatan pemohon yang sedang bekerja sahaja)
x.
Bagi calon yang memohon ke program Profesional Perakaunan ACCA (UK) – AC551 adalah WAJIB untuk menghantar salinan senarai subjek yang mendapat pengecualian bagi meneruskan pengajian ACCA. Calon boleh menyemak subjek yang mendapat pengecualian di pautan berikut https://www.accaglobal.com/uk/en/help/exemptions-calculator.html
xi.
Salinan keputusan transkrip ACCA (jika berkenaan)
9.
Alamat Surat menyurat Dekan Fakulti bagi penghantaran dokumen yang berkaitan. Sila Klik ALAMAT DEKAN
10.
TARIKH AKHIR penerimaan salinan borang permohonan online yang telah lengkap berserta dokumen (I HINGGA VIII) yang telah disahkan adalah SELEWATNYA pada 22 MEI 2025 @ 5:00 Petang. Fakulti berhak untuk tidak memproses permohonan bagi dokumen yang diterima selepas tarikh tutup berkenaan.
 
  MAKLUMAN:
  * Pastikan membeli No Pin yang betul mengikut lepasan.
  * No Pin mula dijual bermula 24/03/2025 hingga 20/05/2025.
   
  NO PIN UiTM PROGRAM PROFESIONAL (RM17)
  Program Profesional UiTM .
Sila Masukkan No Pengenalan Diri Anda Untuk Pengesahan
Jenis Pengajian :
No KP / Tentera/Polis :
contoh: 050920025530
No Slip BSN :
 
 
 
 
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor

Sebarang Pertanyaan lanjut atau masalah sila hubungi talian Bahagian Pengambilan Pelajar dari
jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat hari bekerja sahaja)